Want your
own Fotopage?














 
danishhaikal's FotoPage


By: sh salwa nurulhuda

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-May-2008 00:08 Email | Share | Bookmark
al-fatihah buat bonda tersayang....

jumaat 9 mei 2008 11 pagi....2 hari sebelum sambutan hari ibu....bonda tengku fatimah tengku muda telah kembali ke rahmatullah....alhamdulillah hajat arwah nak abis umur dengan anak2 n pada hari jumaat allah perkenankan...alhamdulillah juga saya sempat sampai ke kampung dan berada disisi bonda tersayang di akhir2 hayatnya walaupun saya tak banyak masa menjaga arwah.
sesungguhnya kita datang dari allah dan kepadanya juga kt kembali....
al fatihah.....

Quote:

hargailah apa yg kt ada dan bila dah tak de...hanya kenangan bermain di fikiran


Quote:


HADIAH MALAM JUMAAT

Perkara : Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke
Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat
Awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ
Salih Duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi
ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia
Tertidur Dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur
masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil
berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur
memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang
lain.
Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah
kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam
yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang
Gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa
talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam
kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si
Pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.
Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam
kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya
untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau
terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah
engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebenta r tadi?"
tanya Pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam
itu?" Tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi
Hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati
yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan
doa.
Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari
Jumaat. Is pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah
Berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk
anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang
Mengingati si pemuda.
Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila
melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak
Menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu
ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya.
Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada
Sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.
Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda
tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar
keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.
Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.
Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum
susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur
Ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis
penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama
ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
Meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si
ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya
Lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih,
Ambil Wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku
tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku
masih hidup." Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir
miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.
Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya
oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy
Berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan
sebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan
bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya
kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai
pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda
tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata : "Wahai tuan Salih,
aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. "
"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh,
Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa
Tandanya?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat
selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy
terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana
Sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa
dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya
IA telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71) "

ibu salwa ke.....
salam takziah buat anda sekeluarga....
Wed 21-May-2008 13:29
Posted by:yana  - [Link]
>> al-fatihah...
>> semoga anda sekeluarga tabah dengan dugaan yang mendatang ini...
Wed 21-May-2008 15:57
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam takziah.... moga tabah menghadapi hari-hari mendatang. Mas pun pernah merasainya bila arwah mak pergi ketika sedang mengandungkan haziq 7 bulan... Banyakkan doa dan sedekah al-fatihah buat arwah.. Fri 23-May-2008 02:43
Posted by:masmira kak_deqna@yahoo.com.sg
berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. belasungkawa buat anda. moga arwah ditempatkan-Nya bersama golongan yg beriman

Entryku kali ini

Sungguhpun lama, gagah perkasa
Sanggup berkhidmat tak kira masa
Banyak ia meninggalkan jasa
Keliling kota, bandar dan desa
Fri 30-May-2008 04:19
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Takziah dr Zai gak,,, Sun 15-Jun-2008 17:23
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
kakak,be strong k.sayang kakak ok Mon 16-Jun-2008 05:58
Posted by:::Syerah Mummy Lana:: utada_hikaru85@yahoo.com  - [Link]
dah lama tak tgk gelagat haikall... Mon 16-Jun-2008 10:59
Posted by:yana  - [Link]
genap sebulan hari ni...

Entryku kali ini

Berair mato termakan lado
Nak carik air terminum cuko
Lotih kepalo somput di dado
Cari an ubek penawar duko
Fri 20-Jun-2008 03:25
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Moga rohnya dicucuri rahmat..


****************************************************************************************
Jom shopping online kat http://lonestore.fotopages.com.

SALE up to 40%. New stok - update dari hari ini hingga awal Julai!!
Mon 23-Jun-2008 09:51
Posted by:Little One Store littleonestrore@yahoo.com  - [Link]
al-fatihah...salam takziah dr kami sekeluarga..
Maaf lama x jenguk fp haikal ni... makin tinggi haikal yer kiut aje
zhafran dah ade adik...haikal bila lagi ni?
Thu 26-Jun-2008 01:35
Posted by:Umi Ahmad Zhafran & Zahra Damia  - [Link]
dah lama x singgah sini
haikal mngingatkan saya pd seorg lagi anak geng FP...


al-fatihah buat ibu awak
Wed 9-Jul-2008 21:50
Posted by:m♥mma darwisY & daNi : farah  - [Link]
Alfatihah juga untuk ibunda yang telah pergi... Semoga cekal hadapi hari mendatang...

Shah,
Fotografi IndahPandang
Fri 18-Jul-2008 03:49
Posted by:Shah  - [Link]
Al-Fatihah............. salam takziah dr kami sekeluarga Sat 9-Aug-2008 18:20
Posted by:Mummy Umairah,Darwisy&Danish  - [Link]
semoga shawa terus tabah ya!
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak @ http://e-nadd.fotopages.com
Fri 29-Aug-2008 05:57
Posted by:nn  - [Link]
salam ramadhan dari kami sekeluarga Mon 1-Sep-2008 16:22
Posted by:krul  - [Link]
salam takziah
semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman, amin...
Wed 3-Sep-2008 00:33
Posted by:Laily a.k.a Ummi Alya Husna  - [Link]
salam

cari kain buat baju? jom tgk kain ela cantik2..
cuci2 mata, tak beli pun takpe

http://kainspecialist.blogspot.com
Thu 4-Dec-2008 11:39
Posted by:kainspecialist thekainspecialist@yahoo.com  - [Link]
Salam..
Mehla jengok http://itsuki.fotopages.com
~ Produk DCL , Correle, Corning ware, Akojaya, Amway.
TQ
Sun 21-Dec-2008 10:04
Posted by:Dilla aidilla_81@yahoo.com  - [Link]
wooo lama betul tak apdet fp Fri 15-May-2009 08:24
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Salam perkenalan...
tumpang iklan baju muslimah kat sini skett yerr .....menumpang fofulariti fp meriah ni......terima kasih banyakkk!!!

http://rzamoslemhijab.blogspot.com
Fri 29-May-2009 09:00
Posted by:R'za rza.myhijab@gmail.com  - [Link]
Tumpang Iklan-KAIN SULAM BUKIT TINGGI
STOK BARU JUN 2009

"BOLEH BAYAR 2 KALI, APA TUNGGU LAGI===> ALL ARE FREE DELIVERY"

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya ANDA,hantaran perkahwinan, hadiah, majlis pertunangan!!!
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
STok harga promosi masih ada lagi
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Fri 19-Jun-2009 13:25
Posted by:unnamed


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.